Our Works !

Sunday 22 April 2012

" KELANTAN "

                   

Kelantan merupakan sebuah negeri di Malaysia yang kaya dengan sumber asli. Kelantan juga adalah negeri agraria (Pertanian) yang mempunyai banyak kawasan tanaman padi dan perkampungan nelayan.

A.) Taman Negara Kelantan^^

I. Ada penduduk Pribumi.
  -> Kaum Batek.




II. Tarikan dan Keunikan      
  -> Ikan Sebelah
  -> Ayam Pegar
  -> Gunung Tahan 




III. Flora                                         IV. Fauna
=> Liana                                         => Enggan Badak
=> Mengkuang Hutan              => Lotong Cengkong
=> Orkid Jewel                             => Harimau Belang
=> Paku Merak                            => Gajah Asia
=> Bunga Pakma                         => Seladang
=> Halia Hutan                            => Cipan
=> Putat                                          => Kumbang Bertanduk


 


V. Aktiviti Reaksi
~ Memancing
~ Berkayak
~ Fotografi
~ Pemerhatian Burung
~ Rintis Hutan
~ Titian Kanopi


B.) Pantai Cahaya Bulan


                    Salah satu pantai terkenal di Kelantan, Malaysia. Pantai ini terkenal kerana kawasannya panjang dan lebar, dengan pasir yang jernih. Deretan pokok ru dan pokok kelapa menambahkan kecantikkan pantai ini. Pantai ini lengkap dengan kemudahan untuk para pengunjung, pilihan hotel , chalet, kawasan perkhemahan, kedai makan dan gerai.

C.) Pasar Besar Siti Khadijah

 


                    Pasar ini mempunyai 4 tingkat dan berbentuk segi lapan. Tingkat bawah dikhususkan untuk barangan basah ikan, sayur-sayuran, ayam dan sebagainya. Tingkat 1 diperuntukkan kepada barangan makanan kering seperti serunding.


D.) Gunung Chamah



                    Sebuah gunung yang terpencil terletak di Hutan Belum Kelantan, Malaysia. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan. Ketinggiannya 2,171 meter. Masih terdapat banyak orang asli yang tinggal di dalam hutan ini. Mereka menggunakan Taisk Temenggur yang mengaitkan Grik dengan Pos Kemar sebagai pengangkutan utama mereka.

E.) Gelanggang Seni


                    Pusat ini sentiasa menjadi daya tarikan kepada para pelancong dan kepada anak-anak Malaysia yang cintakan seni warisan bangsa untuk berkampung dan mempersembahkan persembahan masing-masing. Antara persebahan masih digemari dan kerap diadakan ialah Dikir Barat, Rebana Ubi, Permain Gasing dan Wau Bulan. Persembahan diadakan pada Rabu setiap minggu secara bergilir-gilir.

Saturday 21 April 2012

Negeri Kedah

Negeri Kedah atau juga dikenali sebagai Kedah Darul Aman merupakan salah satu daripada 14 negeri yang membentuk Persekutuan Tanah Melayu (Malaysia). Kedah terletak di utara Semenanjung Malaysia dan memiliki keluasan 9,425 km2 (lihat peta). Tanah besar mempunyai rupa bumi yang agak rata, yang digunakan untuk menanam padi.



Langkawi merupakan salah satu daripada daerah dalam negeri Kedah Darul AmanMalaysia. Pulau Langkawi diberi status bebas cukai pada tahun 1987. Kini, pulau yang kaya dengan keindahan semula jadi dan lagenda masa silam ini telah menampilkan diri sebagai salah satu daripada destinasi perlancongan yang paling popular di MalaysiaLangkawi sebenarnya merupakan suatu gugusan pulau di mana Pulau Langkawi merupakan yang terbesar.























Pulau Payar merupakan salah satu daripada pulau-pulau yang terdapat di Kedah di kawasan perairan Selat Melaka.





Gunung Jerai (juga dikenali sebagai Puncak Kedah) merupakan sebuah gunung yang terdapat di negeri Kedah Darul Aman, Malaysia, di antara sempadan daerah Kuala Muda dan Yan. Tingginya mempunyai 2,107 meter[1]
Gunung Jerai boleh dilihat dari Hotel E & O di Pulau Pinang kerana jarak dariButterworth ke Gunung Jerai cuma 50 kilometer sahaja.















Tasik Pedu terletak di Negeri Kedah, North Malaysia. Terletak kira-kira 5 km dari Thailand, tasik besar ini meliputi kawasan seluas 75 km ².





Negeri Pulau Pinang


Pulau Pinang ialah sebuah negeri yang terletak di pantai barat lautSemenanjung Malaysia. Negeri ini terbahagi kepada dua bahagian oleh Selat Melaka (lihat peta). Negeri ini merupakan petempatan British yang pertama di Semenanjung Malaysia.
Nama pulau ini diambil daripada nama pokok pinang (areca catechu). Ia juga dipanggil Tanjung Bidara sebelum dikenali Pulau Pinang.



Jambatan Pulau Pinang  merupakan jambatan yang terpanjang di Malaysia dan keempat terpanjang di Asia Tenggara. Jambatan mempunyai panjang kira-kira 13.5 kilometer di mana 8.4 kilometer daripadanya merentasi laut. Jambatan ini menghubungkan Pulau Pinang di Lebuhraya Jelutong, Bayan Lepas dengan tanah besar semenanjung di Seberang Perai.
Kerja pembinaan bermula pada tahun 1982 dan siap dibina pada tahun 1985, hanya 3 tahun sahaja dan memakan belanja sebanyak RM 850 juta. Jambatan ini membawa kebanggaan kepada negara. Ia diakui sebagai pencapaian kejuruteraan yang cemerlang di dunia. Ini adalah kerana struktur tengahnya merupakan antara jambatan kabel-penahan (cable-stayed bridge) yang terawal di dunia.


Tokong Ular terletak di Sungai KluangBayan LepasPulau PinangMalaysia dan kemungkinannya satu-satunya kuil sebegini di dunia. Kuil ini dipenuhi asap colok dan pelbagai ular tedung. Ular-ular ini dipercayai dijadikan tidak merbahaya oleh asap suci, tetapi sebagai langkah keselamatan, ular-ular ini turut dibuang kelenjar bisa tetapi masih mengekalkan taring mereka. Pelawat dinasihatkan agar tidak mengambil ular dan meletakkannya ke atas badan mereka untuk bergambar. Pemuja tempatan percaya bahawa ular yang terdapat di sana datang ke tokong itu secara sendirinya.












Kuil Kek Lok Si yang terletak di Ayer Itam merupakan salah satu tumpuan para pelancong di Pulau Pinang. Kuil Kek Lok Si ini tersergam di bandar Ayer Itam dan dianggap Kuil Buddha terbesar dan tercantik di Asia Tenggara. Pagoda utamanya yang dikenali sebagai pagoda Sepuluh Ribu Buddha terdiri daripada tujuh tingkat yang menggabungkan asas oktagon Cina dengan tingkat tengah reka bentuk Thailand dan puncak seni bina Burma.




Tanjung Bungah merupakan sebuah bandar satelit George Town di Pulau PinangMalaysia. Ia terletak di bahagian utara Bandaraya Georgetown. Ia juga merupakan salah satu daripada banyak bandar seperti Batu Ferringhi yang memiliki daya tarikan pelancongan yang popular.












Bukit Bendera merupakan sebuah kawasan Parlimen di negeri Pulau Pinang, negara Malaysia. Negeri Pulau Pinang terletak diantara negeri Kedah dengan negeri Perak di utara Semenanjung Malaysia.
Berada pada ketinggian lapan ratus tiga puluh meter di atas George Town, puncak Bukit Bendera (Bahasa Inggeris: Penang Hill) mempunyai suhu yang dingin dan panorama yang mengasyikkan.