Our Works !

Sunday 27 May 2012

[ Terengganu ]

~ Kuala Terengganu Malaysia ~



Rekabentuk bendera Majlis Bandaraya Kuala Terangganu tersebut BERKONSEP - 
Dinamik, ciri-ciri warisan terutamanya kepala bangau dan mempunyai imej korporat.


1.) Tasik Kenyir ^^


Tasik Kenyir merupakan tasik butatan manusia yang terbesar di Asia Tenggara dan di antara unik di dunia.
Keluasan kawasannya meliputi 2600km persegi dan mempunyai 340 pulau kecil. Tasik Kenyir juga menyumbangkepada pembangunan negara melalui stesen hidroelektrik di Jenagor. Ia juga dikelilingi oleh Hutan Hujan Tropika dan Tasik Kenyir amat popular bagi pencinta Alam semulajadi, Kaki pancing, Juru gambar serta yang gemarkan cabaran.

 ' AKTIVITI '
~ Memancing
~ Mandi Air Terjun
~ Berkayak
~ Menyusuri tasik dengan BOAT




Berhampiran dengan Taman Negara Tasik Kenyir, terdapat kesan tinggalan sejarah dan penemuan terbaru telah menunjukkan bahawa penemuan rangka " Bewah Man ".

Kerajaan Negeri Terangganu bersama Lembaga Kemajuan Terengganu Tangan ( KETENGAH ) telah menganjurkan pertandingan Memancing Ikan di Tasik Kenyir bagi memburu Ikan Legenda iaitu dari spesis Arapaima. tawaran Rm10,000.00 juga telah dibuat oleh kerajaan negeri bagi sesiapa yang dapat menangkap ikan spesis ini.

Sepangjang 6 hingga 8 Mei Festival Tasik Kenyir telah berlangsung secara meriah di Pengkalan Gawi.

Suasana senja yang mandamaikan Tasik Kenyir. 


2.) Pulau Redang
Pulau Redang yang terletak 45km dari pinggir pantai Kuala Terengganu merupakan pulau terbesar dari gugusan sembilan buah pulau yang terlindung di Laut China Selatan. 
Pulau inin menawarkan air laut yang jernih dan beraneka tapak selaman skuba bagi penggemar aktiviti menyelam.


               

Snorkeling, berenang dan menyelam skuba adalah aktiviti yang paling popular di Pulau Redang. Selain itu, pegemar merentas hutan juga boleh dapat peluang untuk merentas hutan di Pulau Redang. Begitu juga dengan menaiki bot dan kanu. Aktiviti memancing tidak dibenarkan dalam kawasan lingkungan 3.2km dari pulau disebabkan Pulau Redang telah diwartakan sebagai Taman Laut. Pelawat juga dilarang mengumpul batu karang atau sebarang hidupan laut di pulau ini.

Sebahagian Fauna & Flora di Pulau Redang^^
1. Phyllidia Varicosa

2. Christmas Tree Tube Worms

3. Sea Fan 

3. Pulau Tenggol ^^