Our Works !

Saturday 21 April 2012

Negeri Pahang

Pahang adalah negeri yang terbesar di Semenanjung Malaysia. Terletak di lembagan sungai Pahang yang amat luas .









Di Pahang , Terdapat dua buah gua menarik sebagai destinasi pelancongan iaitu :

  • Gua Kota Gelanggi
  • Gua Gunung Senyum

Gua Kota Gelanggi merupakan tempat yang menarik untuk dilawati. Gua ini terletak di daerah Jerantut di negeri Pahang,Malaysia.Apabila sampai di gua ini, anda akan bertemu dengan gua yang berbentuk pintu gerbang, di dalamnya terdapat alur air yang mengalir air jernih lagi sejuk.


Gua Kota Gelanggi ini terletak berhampiran kampung Pulau Tawar iaitu tempat asal pahlawan Melayu Mat Kilau. Sebuah gugusan Felda yang berhampiran gua ini juga dinamakan Felda Gelanggi.


Keunikan gua ini telah menarik minat pengeluar filem Sumpah Semerah Padi untuk menjadikannya sebagai lokasi penggambaran filem tersebut. Rangkaian gua-gua di sini agak terancam dengan adanya usaha-usaha pihak tertentu membuka kuari berhampirannya bagi mengambil batu-batan. Bandar paling hampir ialah Jerantut dan Bandar Jengka.

Gua Gunung Senyum yang terletak di Felda Jengka 25, Jengka, Pahang mempunyai ketinggian setinggi 486 meter (1,594 kaki). 
Gunung Senyum mempunyai hutan Dipterokarp Bukit. Terdapat banyak flora atau tumbuhan herba di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan. Terdapat juga gua-gua yang masih mengalami proses pertumbuhan stalagtait dan stalagmait. Gua-gua di sini dibawah jagaan PERHILITAN.
Antaranya, dikatakan semasa Sultan Pahang sampai di kaki gunung tersebut, baginda bertanya tentang nama gunung itu kepada para pembesar yang mengiringi baginda. Namun, tidak ada seorangpun yang tahu mengenainya sebaliknya para pembesar tersebut hanya mampu tersenyum.
Gunung Senyum terletak berhampiran Sungai Pahang dan boleh didatangi melalui jalan darat daripada Temerloh atau Jerantut. Jika melalui pekan Kuala Krau, pengunjung perlu menyeberangi Sungai Pahang menggunakan perkhidmatan bot yang diusahakan oleh penduduk tempatan.

Selain itu , dua buah tasik yang termasyhur di Malaysia terletak di Pahang, iaitu:
  • Tasik Chini
  •  Tasik Bera
Tasik Chini salah satu tasik daripada 12 tasik yang berdekatan dengan Sungai Pahang di Pahang tengah, Malaysia. Tasik Chini yang merupakan tasik semulajadi kedua terbesar di Malaysia selepas Tasik Bera. Sungai Chini, yang mengalir keluar dari tasik itu, mengalir ke dalam Sungai Pahang. Tasik ini juga terkenal dengan musim berbunga lotus dari Jun hingga September.

Merujuk kepada legenda orang asli, tasik tersebut didiami oleh satu naga yang dikenali sebagai Naga Seri Gumum.


              Lagenda naga Tasik Chini

Tasik Bera merupakan sistem tasik air tawar semula jadi yang terletak di barat daya Pahang, Malaysia. Tasik ini terletak di pelana banjaran gunung utama dan timur di Semenanjung Malaysia dan merupakan sumber Sungai Pahang.


Taman Negara adalah Kawasan Perlindungan rasmi yang pertama dan tertua di negara ini dan pada waktu dahulu dikenali sebagai King George V National Park.
Taman negara ini yang diisytiharkan secara rasminya oleh Sultan Kelantan, Pahang dan Terengganu (sewaktu sambutan Jubli Perak King George) diwartakan bagi memelihara alam semulajadi kawasan ini. Taman ini dinamakan Taman Negara setelah negara mencapai kemerdekaannya pada tahun 1957.
Taman Negara adalah sebuah hutan hujan yang tertua di dunia yang dianggarkan berusia 130 juta tahun. Kekayaan dan kepelbagaian hidupan semulajadi di sini sangat menakjubkan dan menjadikannya salah satu eko-sistem yang paling rumit dan kaya di dunia.
Gunung Tahan dengan ketinggian (2187 meter) , merupakan puncak tertinggi di Semenanjung Malaysia, Gunung Tahan terletak di Taman Negara dalam negeri Pahang.
Gunung Tahan bagaimanapun adalah rendah daripada Gunung Kinabalu yang merupakan gunung tertinggi di Malaysia dan Asia Tenggara.
Gunung ini menjadi titik sempadan negeri Pahang dengan negeri Kelantan.


Genting Highlands atau Tanah Tinggi ialah puncak gunung yang terletak dalam Banjaran Titiwangsa di Semenanjung Malaysia dan merupakan tempat peranginan yang TERKENAL di Malaysia.


Genting Highlands Resort kadang-kadang dikenali sebagai Las Vegas Malaysia kerana di sinilah didirikan satu-satunya kasino yang diniagakan secara sah di Malaysia.Genting Highlands Resort dibina oleh Tan Sri Lim Goh Tong.


Kemudahan-kemudahan lain dalam kawasan percutian ini termasuk taman tema, padang golf, pusat beli-belah, simulator terjun langit, dewan konsert dan banyak lagi. Genting Highlands Resort juga menempatkan hutan berusia 100 juta tahun.

 

Pada 2007, Genting Highlands menjadi tempat berlangsungnya "Bollywood Oscars" yang berprestij, iaitu Zee Cine Awards 2007 dan Lux Style Awards bagi artis Pakistan di Arena of Stars, teater muzikal menjadi kebiasaan kepada pertunjukan muzikal yang dilangsungkan di sini.
Cameron Highlands atau Tanah Tinggi Cameron juga merupakan sebuah pusat peranginan tanah tinggi yang terkenal di semenanjung Malaysia. Cameron Highland terletak di barat daya negeri Pahang, sebuah negara yang kaya dengan khazanah hutan semulajadinya.
Cameron Highland terletak setinggi 1,829 meter dari aras laut dan mempunyai bersuhu antara 100c hingga 200c. Keindahan Cameron Highland pastinya akan memukau hati sesiapa sahaja yang berkunjung ke sana.


Selain menjadi sebuah pusat peranginan, Cameron Highland juga terkenal dengan pengeluaran hasil tanaman seperti teh, buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga-bungaan yang bermutu tinggi dan ada yang jarang didapati ditempat lain. Ini kerana keadaan cuaca yang sejuk dan segar amat sesuai untuk tanaman-tanaman tertentu sahaja contohnya daun teh, bunga-bunga seperti bunga teluki dan buah strawberi.



Tumbuhan iklim hawa sederhana juga boleh ditanam di kawasan ini. Di sini juga terdapat sebuah petempatan orang Melayu yang pertama di Cameron Highlands, Kampung Taman Sedia merupakan sebuah kampung yang terletak di lembah antara Tanah Rata dan Brinchang menawarkan pakej penginapan 'Homestay' untuk para pengunjung.


Sekiranya anda berkunjung ke Cameron Highlands, Malaysia jangan lepaskan peluang untuk membeli hasil-hasil tanaman ladang kerana harganya bukan sahaja berpatutan bahkan masih segar kerana baru sahaja dipetik secara langsung dari ladang.


Sekiranya anda gemar memandu kereta, jangan lepaskan peluang untuk memandu di Jalan Gunung Brincang kerana jalan tersebut adalah jalan raya yang tertinggi di Malaysia.



Pulau Tioman merupakan sebuah pulau yang terkenal dikalangan peminat sukan menyelam.Jumlah pelancong sebulan antara 800-1200 orang pada tahun 1998. Pelancong datang dari Jerman, Perancis, Itali, England, Singapura dan lain-lain negara.

Dalam setahun, 10,000 - 50,000 pelancong datang ke pulau ini. Pada tahun (2009) angaran pelancong yang berkunjung ke pulau ini meningkat. Jumlah pelancong sebulan mencecah 30,000 - 50,000 orang sebulan. Kebanyakan pelacong yang datang ke pulau ini berasal dari eropah. Tempat yang menjadi tumpuan ramai utk dikunjungi ialah Kg.Salang. Antara resort popular di Kampung Salang Salang Pusaka Resort, Salang Sayang Resort & Salang Indah Tioma.




Muzium Sultan Abu Bakar, merupakan sebuah bangunan lama yang mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Bangunan muzium ini pada asalnya merupakan bangunan kayu dua tingkat yang dibina oleh Inggeris pada tahun 1888, sebagai tempat kediaman Residen British Pertama di Pahang, J.P. Rodger.






No comments:

Post a Comment