Our Works !

Thursday 7 June 2012

@Sabah@

Tempat-tempat menarik di Sabah~



Kawasan pelancongan di Sabah terdiri daripada kawasan semulajadi seperti gunung-ganang dan kawasan perlindungan haiwan seperti Kawasan Perlindungan Orang Utan Sepilok

1.Gunung Kinabalu
Gunung Kinabalu Flag of Malaysia.svg

Gunung Kinabalu
Ketinggian4,095 m (13,435 k)
Tonjolan4,095 m Berkedudukan ke-20       
Lokasi
LokasiSabah, Borneo
BanjaranBanjaran Crocker
Koordinat06°05′N, 116°33′E
Mendaki
Pendakian pertama1858 oleh H. Low dan S. St. John
Laluan termudahMendaki


 

 *Gunung Kinabalu juga merupakan gunung kelima tertinggi di Asia Tenggara.
 *Gunung Kinabalu merupakan lambang kemegahan kepada setiap penduduk yang tinggal di Sabah.  Sesetengah penduduk menganggap Gunung Kinabalu ini merupakan gunung yang dapat memberikan semangat juang dan satu padu rakyat Sabah. Gunung Kinabalu banyak menyimpan cerita dan kisah-kisah yang misteri. Menurut kepercayaan masyararakat Kadazan Sabah, Gunung Kinabalu merupakan tempat bersemadinya semangat mereka selepas meninggal dunia.

 2.Kolam air panas Poring


Poring merupakan nama KadazanDusun untuk sejenis spesies pokok Buluh yang tumbuh di kawasan itu. Terletak kira-kira 40 km di timur laut pusat Taman Kinabalu, Poring terkenal kerana kolam air panas dan jambatan gantungnya yang unik.

Kolam air panas Poring dikenali kerana air panasnya mengandungi galian sulfur yang boleh menyegarkan badan.
Para pelancong juga berpeluang menikmati pemandangan yang indah apabila menyusuri jambatan gantung sepanjang 157.8 m dan setinggi 41 meter di atas pokok.
Terdapat juga Taman Kupu-kupu dan Pusat Pemuliharaan Orkid di sini.

3.Pulau Sipadan


Pulau Sipadan ialah sebuah pulau lautan berhampiran dengan Semporna, sebuah bandar di pantai timur Sabah, Malaysia. Pulau Sipadan merupakan satu-satunya pulau samudera di Malaysia daripada batu kapur dengan ketinggian 600 meter dari dasar laut. Pulau Sipadan terkenal sebagai satu pilihan tempat bagi aktiviti menyelam skuba (scuba diving) antara yang terbaik di dunia.



Alam bawah laut Sipadan menawarkan kepada para penyelam pemandangan yang penuh dengan kehidupan marin seperti Barracuda, penyu, ikan, dan sebagainya. Warna-warna yang banyak dan bertukar ganti, birai, celah, batu rungkupan, gua besar dan cerombong yang menegak di bawah air yang dibentuk oleh pelbagai karang menanti untuk disaksikan oleh para penyelam yang ingin menikmati tempat selam yang menyeronokkan di dunia.







4.Sungai Padas



Sungai Padas terletak di kawasan Tenom, di selatan Kota Kinabalu, negeri Sabah, Malaysia Timur.
Ada sebuah landasan kereta api menuju ke ulu Sungai Padas. Istimewanya sungai ini ialah kereta api dibina di sepanjang Sungai Padas. Aktiviti berkayak atau naik bot belon (White Water Rafting) menyusuri Sungai Padas ini amat menarik sekali.

Empangan
Akhir 2010 projek saluran paip bawah laut RM365 juta dari Sungai Padas, Beaufort ke pulau Labuan siap. Penduduk Labuah seramai 85,000 orang kerap keputusan bekalan air berikutan dua daripada tiga empangan di Sungai Pagar dan Sungai Kerupang telah kering. Lebih 4000 pelajar di Kolej Matrikulasi dan Universiti Malaysia Sabah terpaksa mandi di tempat terbuka

5.Taman Laut Tunku Abdul Rahman



Taman Laut Tunku Abdul Rahman merupakan kawasan kawasan perlindungan hidupan liar yang telah disytiharkan oleh kerajaan Malaysia. Taman ini terletak kira-kira 20 minit perjalanan di perairan Kota Kinabalu, ibunegeri Sabah.
Pelancong dapat melihat keindahan pantai dan panorama maritim iaitu gugusan pulau yang kekal keindahan alam semula jadinya dan dasar laut kaya dengan terumbu karang. Ia merupakan kawasan sesuai bagi penyelam yang ingin melihat keindahan dasar laut. Para pelancong juga berpeluang mengembara merentasi hutan melalui denai-denai kecil di Pulau Gaya dan Sapi.








Gugusan pulau
Taman Tunku Abdul Rahman meliputi lima buah pulau, iaitu Pulau Gaya, Pulau Manukan, Pulau Mamutik, Pulau Sapi, dan Pulau Sulug dengan keluasan keseluruhan 4,929 hektar serta jaraknya dari Kota Kinabalu antara tiga hingga lapan kilometer. Pulau-pulau ini merupakan tempat perlindungan pelbagai jenis tumbuhan dan haiwan termasuk sejenis burung yang paling ganjil iaitu Burung Tambun atau Megapode yang kelihatan seakan-akan seekor ayam tetapi mempunyai kaki yang besar dan mengeluarkan bunyi seperti kucing.

6.Hutan Lipur Sepilok




Hutan Simpan Sepilok terletak di pantai timur Sabah lebih kurang 24 km dari bandar Sandakan. Di sini terletaknya Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok, Sabah.
Hutan simpan ini meliputi kawasan hutan hujan tropika seluas 4,294 hektar.
Di dalam hutan simpan ini terdapat pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan dan binatang yang hanya terdapat di hutan rimba: iaitu lebih kurang 217 spesis burung, 70 spesis mamalia dan sekurang-kurangnya 400 spesis pokok kayu.
Sepilok dikelaskan sebagai simpanan hutan dara. Kegiatan memburu dan membalak tidak dibenarkan di kawasan ini. Sepilok telah dikhususkan untuk penyelidikan saintifik, latihan perhutanan, pemeliharaan serta pendidikan dan rekreasi awam.
Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok di selenggara oleh Jabatan Hidupan Liar Malaysia. Program pemulihan orang utan ini bertujuan mengembalikan orang utan yang dipelihara sebagai haiwan peliharaan secara haram ke alam semula jadi mereka. Anak-anak orang utan yang dibawa ke Sepilok diberi peluang sekali lagi untuk hidup bebas di alam semula jadinya. Pelawat ke pusat itu berpeluang melihat beruk yang jarang ditemui ini di habitat asalnya. Binatang lain yang dilindungi adalah seperti Kelawar, Kera, Beruang, Kucing Hutan dan juga Buaya yang dapat hidup bebas di pusat ini.

 







No comments:

Post a Comment